Selebriti

“Tak mahu ajak Atuk masuk kelab ke? Neraka tempat kau” – Baby Shima sedih niat baik disalahertikan

||||
- Diterbit 23 November 2021 1:14 AM MYT

PENYANYI popular Baby Shima mengaku tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan netizen. Apa yang dilakukan oleh penyanyi lagu Lalai itu seolah-olah semuanya salah dan dosa.

Terbaru, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli,26, tampil melawat seorang lelaki yang dikenali sebagai Atuk Grab.

Kisah Atuk Grab mula menjadi tular dan menjadi perbualan apabila dilihat masih bekerja di usia tua demi menyara anak.

Dalam masa yang sama, niat Shima bertemu dan menyantuni lelaki itu disalahertikan serta dianggap menunjuk-nunjuk dalam perkata baik.

“Entahlah. Saya pun tak faham. Apa yang saya buat seolah-olah semuanya tak betul, salah.

“Apabila saya menari ada yang kecam dan maki. Bila buat baik seperti jumpa Atuk Grab pun, tetap ada sesetengahnya tak puas hati. Tetap ada yang maki. Habis tu korang nak saya buat apa?,” Luah Baby Shima yang didakwa cuba berlakon baik demi menutup kontroversi yang dikaitkan dengannya akhir-akhir ini.

“Saya jumpa Atuk Grab ni memang ikhlas. Melihat keaadaannya yang sudah tua, tapi masih mencari rezeki, saya jadi sedih. Dalam keadaan sekarang dan usianya yang sudah lanjut, dia gagahkan diri juga untuk mencari rezeki.

“Salah ke saya jumpa dia untuk gembirakan dia. Saya pelik bila ada yang tak suka saya buat kebaikan.

“Saya tak kisah apa orang nak cakap atau nak tuduh bukan-bukan sehingga saya mengalami depresi, tapi bila saya buat perkata baik tetap nak kecam, agak-agak laa..

“Saya ni manusia biasa, ada hati dan perasaan. Kalau tak suka, lebih baik diam. Kalau nak komen pun, biarlah secara baik. Saya buat perkata baik kut,” ujarnya lagi yang sering dikecam walaupun melakukan hal-hal kebajikan.

Melihat komen-komen netizen, terbukti ada sesetengah mereka seakan-akan tidak suka Baby Shima berbuat baik.

“Perempuan yang tak ada akhlak. Neraka tempat kau bab*. Konten baik perlu ke nak menunjuk sial”

“Tak mau ajak Atuk masuk pub (kelab) ke”

“Buat baik marketing gak ek? Kurang cerdik ni”

“Sampah”

“Cari publisiti murahan. Kalau nak beramal, nak buat baik pun, tak payah nak menunjuk.”

Terdahulu, tular dalam media sosial berkenaan satu video seorang lelaki warga emas yang masih gigih bekerja menjadi penghantar makanan walaupun sudah berusia 68 tahun.

Dia yang sudah terbongkok-bongkok menghantar pesanan dari pelanggan telah mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video tersebut di media sosial.

Dalam video lain dari @danielashraf1370, dia sempat berborak dengan warga emas itu. Menurutnya, sebelum ini dia menjadi penghantar pesanan dengan mengikuti perkhidmatan penghantaran lain, namun lebih serasi dengan Grab.

Menerusi video yang dirakam pemuda berkenaan, warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Zack memaklumkan yang dia menanggung dua orang anak yang tidak bekerja. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas