Berita

Kompleks ujana kewangan ditutup sementara

- Diterbit 22 November 2020 10:38 AM MYT

PUSAT beli belah Ujana Kewangan ditutup selama tiga hari bermula hari ini sehingga 24 November bagi kerja-kerja sanitasi.

Menerusi kenyataan Financial Park Sdn Bdn, penutupan tersebut dibuat bagi membagi ruang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di bangunan pusat beli belah itu.

“Walaubagaimanapun, operasi di blok pejabat ( blok 1, Pejabat Utama dan Blok 4, Menara Pejabat, Beta Apartment dan Alpa Condominium kekal dibuka seperti biasa.

“Semua akses pintu masuk ke pusat beli belah ditutup kepada kemasukan pejalan kaki termasuk laluan dalaman dari Alpa Condominium dan Beta Apartment,” katanya kenyataan tersebut.

Justeru itu, penyewa, penaung dan pelawat dinasihatkan melayari laman web rasmi www.fpl.com.my untuk mendapatkan sebarang informasi berkenaan dan sebarang pengumuman lanjut mengenai penutupan tersebut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas