Berita

Khalid Samad sah terajui KLFA

PASUKAN KLFA bakal menerima Khalid sebagai presiden. - Gambar hiasan
- Diterbit 22 November 2019 5:18 AM MYT

Oleh AINI MAWAWI
[email protected]

PUTRAJAYA – Akhirnya ura-ura mengenai pelantikan Khalid Abd. Samad yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terjawab apabila beliau disahkan mengemudi persatuan terbabit.

Menurut sumber, Khalid dilantik sebagai presiden KLFA selepas tiada pencabar pada pemilihan kerusi itu yang kosong sebelum ini.

Pelantikan beliau bagi menerajui persatuan itu dilihat sebagai satu langkah yang bijak kerana ia bakal memudahkan lagi urusan untuk mengatur program buat pasukan KLFA pada masa akan datang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam memperlihatkan reaksi positif dan berminat untuk turut serta dalam persatuan bola sepak itu.

Malah Khalid juga dikatakan sudah beberapa kali mengadakan pertemuan bersama KLFA serta hadir ke stadium menyaksikan perlawanan serta latihan yang diadakan serta memberi sokongan penuh kepada pasukan.

Terdahulu, kemelut yang melanda KLFA itu membabitkan perebutan pencalonan jawatan menyaksikan kongres persatuan itu digantung Pesuruhjaya Sukan sebelum ini, Datuk Zaiton Othman tahun lalu.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas