Berita

Bantu penduduk miskin beli kelengkapan rumah

KHALID menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk di Kampung Kerupang 2 pada Program Labuan Community Care 2019 baru-baru ini.
- Diterbit 22 November 2019 5:20 AM MYT

LABUAN – Kementerian Wilayah Persekutuan menyalurkan bantuan kira-kira RM80,000 untuk sepanjang tahun ini bagi membantu menaik taraf dan menyediakan keperluan bagi golongan miskin di Labuan.

Menterinya, Khalid Abd. Samad berkata, melalui program Labuan Community Care, pihaknya melalui Perbadanan Labuan (PL) mengambil inisiatif memberikan bantuan kelengkapan barangan elektrik dan pembaikan rumah penduduk berkenaan.

“Kita tambung apa yang telah dilakukan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajana Tempatan yang membaiki rumah-rumah masyarakat miskin di sini.

“Ada juga penerima yang tidak layak memenuhi syarat bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kita tampung dari segi keperluan barangan elektrik seperti peti ais, dapur dan mesin basuh,’’ katanya baru-baru ini.

Terdahulu Khalid melawat lima buah rumah penduduk di Kampung Kerupang 2, Kampung Gersik Baru, Kampung Sungai Miri, Kampung Lubok Temiang dan Kampung Durian Tunjong.

Khalid berkata, secara keseluruhan, di bawah peruntukan khas menteri, sejumlah RM6.45 juta diberikan untuk Labuan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas