Berita

Siasatan kes LCS tidak pernah berhenti – SPRM

Azam
- Diterbit 25 April 2024 3:06 PM MYT

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ketika ini, siasatan kes itu sedang berada pada peringkat SPRM menghubungi pihak-pihak berkaitan di luar negara, bagi mengambil keterangan.

“Saya menafikan dakwaan pihak-pihak luar yang mendakwa siasatan kes LCS dihentikan, sedangkan siasatan kes ini masih aktif diteruskan.

“Selain itu, SPRM juga sedang membuat permohonan Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) melalui pihak Jabatan Peguam Negara untuk beberapa permohonan (dokumen dan bukti) yang dikehendaki kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu, di sini, hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas