Keguguran… “Tak Tahu Nak Gambarkan Perasaan Macam Mana” – ELIZAD

Keguguran… “Tak Tahu Nak Gambarkan Perasaan Macam Mana” – ELIZAD

PELAKON dan pengacara, Elizad Sharifuddin mendedahkan dirinya telah keguguran disebabkan kandungan tidak kuat sehingga berlakunya pendarahan

Dalam kesedihan itu, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin,36, tetap bersyukur kerana sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun hanya seketika.

WALAUPUN sedih, Elizad tetap bersyukur diberi kesempatan until hamil

“Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas . Tapi DIA ambil balik . Terjentik sungguh “ RASA “ itu .

“Dimaklumkan pregnant minggu lepas . Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata , sbb dah lama menanti , tapi kandungan tak kuat  dan bleeding

“Tak tau nak gambarkan perasan mcm mana. Terduduk seketika . 

“Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. 

See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my ivf journey,” jelasnya yang memaklumkan beliau dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.

Terdahulu, Elizad mendedahkan dirinya telah hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu di hospital swasta.

Semoga Elizad terus dimurahkan rezeki. Amin… – WILAYAHKU

 

CATEGORIES
TAGS