Artikel

JPJ KL lepasi cabaran Pulapot Extreme

ANGGOTA pasukan JPJ Kuala Lumpur bergambar selepas Kejohanan Pulapot Extreme Challenge bertempat di Kor Polis Tentera Diraja, Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
ANGGOTA pasukan JPJ Kuala Lumpur bergambar selepas Kejohanan Pulapot Extreme Challenge bertempat di Kor Polis Tentera Diraja, Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
- Diterbit 17 Ogos 2019 5:50 AM MYT

TANGKAS. Pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan seramai 11 anggota telah menyertai Kejohanan Pulapot Extreme Challenge bertempat di Kor Polis Tentera Diraja (Pulapot), Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cabaran tersebut turut disertai enam pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan satu pasukan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebanyak 15 disiplin ekstrem yang perlu dilalui melibatkan kekuatan fizikal, mental, kemahiran telnikal dan taktikal serta kerjasama pasukan.

Pasukan JPJ Kuala Lumpur berjaya melepasi semua disiplin dan halangan dalam masa 1 jam 19 minit dengan kedudukan nombor kelima.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas