Artikel

PRS Putrajaya jalani kursus tingkat kemahiran

PARA peserta Kursus Asas PRS Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2019 bergambar beramai-ramai di Dewan Syeikh Daud Al- Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya baru-baru ini.
PARA peserta Kursus Asas PRS Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2019 bergambar beramai-ramai di Dewan Syeikh Daud Al- Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 17 Ogos 2019 5:52 AM MYT

BIMBING. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya baru-baru ini menganjurkan Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2019.

Program yang diadakan Dewan S­yeikh Daud Al- Fathoni, Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya itu dihadiri oleh 10 wakil PRS bersama guru pengiring dari setiap sekolah di Putrajaya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas