Berita

“Jauhi Toxic Relationship, Dia Nak Reputkan Kau” – Nasihat ZARINA ANJOULIE

- Diterbit 8 Oktober 2020 5:54 AM MYT

SELEBRITI popular Zarina Anjoulie,33, menasihatkan pengikutnya di instagram agar tidak terjerat dalam toxic relationship atau hubungan yang tidak sihat. 

Bagi pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul yang lebih popular dipanggil Anju, toxic relationship akan membuatkan hidup kita mundur ke belakang dan jauh ditinggalkan. 

“Kepada sesiapa yang terlibat dalam toxic relationship, lepaskan, lepaskan.

Self love lebih penting. Love yourself today. 

“Dengar apa Anju cakap. Aku cantik, aku handsome. I can do it and I will do it today.

“Tapi benda ni takkan jadi kalau kau dalam toxic relationship,” katanya menerusi sebuah instagram (IGTV). 

Kata Anju lagi, toxic relationship juga menjadikan kita jauh daripada kejayaan. 

Toxic relationship ni, sesuatu relationship yang pasangan kau tarik kau ke belakang. Tak kasi kau berjaya. 

“Kau buruk, kau hodoh, kau tak boleh buat. Sebab dia Tak boleh berjaya, dia tak nak kau berjaya.

“Sebab dia tak boleh move on dari hidup dia. Jadi tak nak kau move on dari hidup kau. 

So stay away from this kind of relationship. Jadi secara tak langsung, dia dah reput, dia nak reputkan kau. Itu tak adil.

“Kau cantik. Kau handsome. Kau tak berhak hidup macam tu,” jelasnya lagi. 

Rata-rata warganet bersetuju dan rasa bersemangat apabila mendengar kata-kata semangat daripada Anju. 

Betul cakap Anju. Carilah kawan yang baik dan sentiasa menyokong kita untuk lebih berjaya. 

Sebelum ini Anju pernah popular menerusi drama Gerak Khas dan Anak Pontianak. – WILAYAHKU

Instagram will load in the frontend.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas