Berita

Bantuan segera PPZ-MAIWP kepada mahasiswa

- Diterbit 8 Oktober 2020 3:02 AM MYT

BARU-BARU ini seperti semua sedia maklum, beberapa buah institut pengajian tinggi terpaksa mengambil keputusan untuk menangguh pendaftaran secara fizikal berikutan peningkatan semula kes penularan wabak COVID-19.

Penangguhan ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang telah hadir mendaftar dan merancang perjalanan terlebih awal.

Pihak Pusat Pungutan Zakat-MAIWP cakna tentang segala rintihan dan keluhan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mengenai kesulitan yang timbul susulan penangguhan proses pendaftaran tersebut. Kami turut terpanggil untuk membantu bersama-sama agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk mengatasi isu ini.

Justeru itu, PPZ-MAIWP mewujudkan inisiatif program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu pelajar IPT di seluruh negara melalui Musaadah Khaira Siswa PPZ.

Pelajar IPT yang ingin memohon boleh mula membuat permohonan dalam talian melalui musaadahsiswa.zakat.com.my bermula pada 7 Oktober 2020 – 9 Oktober 2020.

Dana permulaan yang disediakan adalah berjumlah RM100,000 yang terbuka kepada pelajar IPT. Sumbangan kewangan yang akan diberikan adalah untuk menampung keperluan semasa seperti pengangkutan, penginapan dan lain-lain.

Semoga sumbangan Musaadah Khaira Siswa PPZ ini dapat memudahkan pelbagai pihak terutamanya dalam meringankan sedikit beban pelajar IPT dan ahli keluarga.

Untuk sebarang info atau pertanyaan lanjut berkaitan sumbangan Musaadah Khaira Siswa PPZ boleh dimajukan terus ke emel rasmi: [email protected]

AHMAD SHUKRI YUSOFF
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT – MAIWP

7 Oktober 2020

Sumber: PUSAT PUNGUTAN ZAKAT – MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Norazlina Nordin
Pengurus
Unit Komunikasi Korporat
PPZ-MAIWP
Tel: 019 – 728 3839

Nama: Iylia Mardhiana Mohamed Fauad
Eksekutif
Pegawai Media Ketua Pegawai Eksekutif
PPZ-MAIWP
Tel: 019 – 550 6746

– BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas