Berita

Idam slot kedua ke Olimpik 2020

WENDY
WENDY gigih berlatih demi penampilan terbaik.
- Diterbit 10 Januari 2020 5:52 AM MYT

Oleh MUHAMAD NABEEL
[email protected]

KUALA LUMPUR – Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri mempunyai masa berbaki empat bulan sebelum menyertai Kejohanan Piala Dunia Terjun di Tokyo yang menjadi medan terakhir kelayakan penerjun ke Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun.

Wendy sudah pun melayak­kan diri dalam acara tiga meter papan anjal individu yang diraih pada bula Julai tahun lalu menerusi Kejohanan Terjun Dunia di Gwanju, Korea Selatan.

Ini merupakan penampilan ketiga penerjun kelahiran Kuala Lumpur ini di Sukan Olimpik dan kini memburu slot bersama Nur Dhabitah dalam acara seirama.

Wendy berkata, buat masa ini dia dan Dhabitah masih lagi berlatih dengan harapan dapat melayakkan diri dalam acara tiga meter papan anjal se­irama pula.

“Saya berharap penampilan kali ketiga ini memberi tuah untuk menduduki tempat terbaik dan juga mara dalam acaram seirama buat kali pertama bersama Dhabitah.

“Apapun diharap penampilan kali ketiga ini memberi tuah kepada saya untuk menduduki tempat terbaik dan seterusnya mara dalam acara seirama buat kali pertama bersamanya,” ujar Wendy.

Pun begitu, menurutnya lagi, Olimpik kali ini amat istimewa bagi dirinya kerana ia merupakan penampilan ketiganya pada temasya berprestij tersebut.

Selain Wendy, beberapa penerjun negara juga telah melayakkan diri mereka ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo antaranya, Pandalela Rinong bersama Leong Mun Yee bagi acara 10 meter platform seirama dan acara individu.

Sebagai rekod, penerjun berusia 27 tahun ini pernah menyertai tiga Sukan Olimpik iaitu Sukan Olimpik 2012 di London, England (penyertaan), Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil (tempat ke-10) dan layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas