Berita

Hoe Yean pasang impian ke temasya Olimpik Tokyo

HOE Yean (tengah) komited dalam setiap latihan yang dijalani.
HOE Yean (tengah) komited dalam setiap latihan yang dijalani.
- Diterbit 3 Februari 2020 1:57 AM MYT

GIGIH. Perenang muda kelahiran Kuala Lumpur, Khiew Hoe Yean memasang impian besar untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo walaupun menyedari berdepan tugas berat untuk mengumpul mata kelayakan ke temasya besar sukan dunia itu.

Atlet berusia 18 tahun ini bakal menyertai dua kejohanan di laman sendiri yang menawarkan mata kelayakan ke Tokyo selain Kejohanan Jemputan Peringkat Umur pada bulan Mac dan juga Kejohanan Renang Terbuka Malaysia.

Hoe Yean menyasarkan sekurang­kurangnya untuk meraih catatan peribadi terbaik 2 minit 01 saat dalam acara kegemarannya iaitu 200 meter kuak lentang.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas