Biz

Durian Cheese Pizza temui peminat piza bermula hari ini

PIZZA HUT BARU
DURIAN Cheese Pizza temui peminat hari ini.
- Diterbit 9 Ogos 2019 7:01 AM MYT

PUTRAJAYA – Pizza Hut Malaysia hari ini memperkenalkan resepi terbaharunya, Durian Cheese Pizza yang menggabungkan kelazatan rasa keju dan keenakan ‘raja buah’.

Ketua Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok berkata, hidangan istimewa itu bakal mencetuskan fenomena yang tersendiri apabila berada di pasaran bermula hari ini hingga 30 September nanti.

Jelas beliau, Pizza Hut Malaysia mahu memberi peluang kepada peminat untuk mengalami penyatuan gastronomi paling unik di samping meraikan semangat warga Malaysia dengan mengambil inspirasi daripada kecintaan dan minat terhadap durian serta keghairahan hidangan berkeju.

“Durian Cheese Pizza mengetengahkan kesungguhan kami untuk mengukir senyuman dan mewujudkan kebersamaan menerusi detik-detik perkongsian piza, dengan mengolah dan mengangkat dua perisa yang amat dekat di hati rakyat Malaysia,” ujarnya.

Menurut Liang Tok, Durian Cheese Pizza boleh didapati secara à la carte dan pilihan kombo di restoran dan penghantaran Pizza Hut.

Tambahnya, nikmati kelazatan Durian Cheese Pizza bermula RM44.50 bagi à la carte. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas