WK2

Kanak-kanak selesa belajar di MINTS

AHLI Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bergambar dengan pelajar-pelajar yang menggunakan MINTS di PPR Kerinchi.
ANTARA pelajar yang menyertai kelas tusyen.
- Diterbit 9 Ogos 2019 9:16 AM MYT

PENGISIAN program Mini Terminal Sejahtera (MINTS) ternyata memberi pelbagai perkembangan positif terhadap penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur terutamanya
kanak-kanak.

Jika dahulu kebanyakan daripada mereka menghabiskan masa dengan bermain namun semenjak adanya MINTS yang dibina di blok perumahan, tumpuan mereka beralih untuk sama-sama belajar.

Pengajar MINTS PPR Kerinchi, Muhamad Zaini Mat Amin, 27, berkata, program pengajian al-Quran yang dikendalikannya setiap hujung minggu sering menjadi tumpuan ramai kanakkanak.

“Saya sendiri tidak menyangka ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Nampaknya mereka memang sangat menyukai kelas sebegini. Mungkin juga kerana mereka sukar untuk mengikuti kelas mengaji berbayar di luar ekoran yuran yang agak mahal.

“Purata yuran kelas mengaji bagi seorang kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur adalah RM200, cuba bayangkan jika sebuah keluarga mempunyai lebih daripada seorang anak kecil. Sudah pasti ia melibatkan kos yang tinggi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, rata-rata pelajarnya merupakan kanak-kanak pintar yang mudah untuk menerima apa yang diajar. Dalam masa yang sama, kaedah pengajaran yang menumpukan seorang demi seorang pelajar memudahkan sesi pembelajaran.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas