Lensa

Raya Kena Gaya

- Diterbit 19 April 2024 5:22 PM MYT

Oleh AMIN FARIJ HASAN

KEINDAHAN Kampung Sungai Leman Sekinchan, Selangor menjadi lokasi pilihan penggambaran drama pendek iklan raya berjudul Raya Kena Gaya hasil garapan Nor Syiella Annuar.

Dipersembahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC), drama berdurasi 9 minit 46 saat yang diarahkan oleh Shahril Fahazmi Musa menampilkan pelakon hebat antaranya Datuk Afdlin Shauki, Beto Kusyairi, Ako Mustapha dan Mustaqim Bahadon.

Ia mengisahkan seorang anak muda bernama Azam (Beto Kusyairi) berasal dari Kampung Sungai Leman yang berjaya mengubah hidup daripada pemuda kampung menjadi usahawan baju Melayu dalam talian yang sukses.

Kejayaannya bermula selepas dia menyertai program dan pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang kini dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang merupakan di mana segala kemudahannya disediakan dan diselia oleh MCMC.

Azam menjadi inspirasi kepada penduduk kampung lain seperti bapanya (Ako Mustapha) dan Yeop Lemang (Datuk Afdlin Shauki). Dalam masa yang sama, dia turut dikagumi bekas rakan sekolahnya, Shah (Mustaqim Bahadon) yang suatu ketika dahulu sering membuli dan memperlekehkannya.

Lensa:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas