Berita

Dua wanita mabuk, positif dadah rempuh SJR ditahan

lIMA lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki di Taman Taragon Puteri Cheras, di sini semalam.
- Diterbit 8 Julai 2021 2:13 PM MYT

DUA wanita dipercayai mabuk dan di bawah pengaruh dadah ditahan selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi.

Seorang daripada suspek dipercayai telah bertindak agresif dan menumbuk seorang anggota polis dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an ditahan di dalam kenderaan yang dipandu menghala ke Petaling Jaya dari Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati pemandunya tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan itu namun berjaya ditahan setelah dikejar kereta polis peronda polis (MPV) di Jalan Universiti, Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Pemandu kereta itu enggan memberi kerjasama malahan menimbulkan provokasi ketika diperiksa dan bertindak agresif dengan menumbuk anggota polis yang bertugas.

Ujian saringan alkohol kedua-dua suspek melebihi paras yang ditetapkan manakala ujian air kencng mereka positif dadah jenis ganja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti semasa sekatan jalan raya, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menyerang anggota polis serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana salah guna dadah dan kedua-dua suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan bermula hari ini hingga esok. –  BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas