Berita

DUA RESIPI MENARIK BERASASKAN LABU

Two brown bowls filled with homemade pumpkin soup surrounded by ingredients for preparing soup shot from above on rustic wooden table. Predominant colors are orange and brown. Low key DSRL studio photo taken with Canon EOS 5D Mk II and Canon EF 100mm f/2.8L Macro IS USM.
- Diterbit 1 Januari 2022 2:00 AM MYT

SEPERTI semua sedia maklum, labu kuning agak mudah untuk diperoleh di negara kita.

Labu kuning mengandungi zat seperti beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.

Pelbagai hidangan boleh disediakan dengan menggunakan labu kuning. Wilayahku edisi kali ini kongsikan dua resipi yang boleh anda cuba pada setiap hari. Selamat mencuba!

PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE

BAHAN PUMPKIN CAKE

200 gram puri labu

300 gram tepung gandum

250 gram gula perang

150 gram marjerin

150 gram cip coklat

½ sudu teh esen vanila

2 sudu teh serbuk penaik

3 biji telur

BAHAN SOS BUTTERSCOTCH

250 gram krim putar

120 gram gula perang

50 gram mentega

BAHAN UNTUK HIASAN

Kepingan badam secukupnya

Cip coklat secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
  3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul sehingga adunan sekata.
  4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati.
  5. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan loyang 10×10.
  6. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan.
  7. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit.
  8. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
  9. Untuk membuat sos butterscotch; Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
  10. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
  11. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek.
  12. Sedia untuk dihidangkan.

ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS

BAHAN-BAHAN

5 potong labu

1 labu bawang putih dicincang halus

2 sudu makan jus lemon

3-4 sudu besar minyak zaitun

Sedikit serbuk thyme

Sedikit serbuk oregano

Sedikit daun bay kering

Lada hitam secukupnya

Garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Susun labu di dalam loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
  2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu thyme, oregano dan daun bay.
  3. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
  4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk.
  5. Setelah labu masak sepenuhnya, keluarkan dan sedia untuk dihidang. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas