Berita

Dollah Cantek meninggal dunia

- Diterbit 13 April 2024 3:07 PM MYT

PENGACARA Dollah Cantek, 47, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi di kediamannya di Sentul Point Suit Apartment, Kuala Lumpur,hari ini.

Bagaimanapun, punca kematian Dollah atau nama sebenarnya Abdullah Ibrahim masih belum dipastikan dan menanti keputusan forensik yang dijangka selesai pada pukul 5 petang.

Solat Jenazah dijangka akan diadakan di Surau Silaturahim Batu 11, Jalan Gombak pada jam 6.30 petang.

Semasa hayatnya, Dollah berkhidmat dengan stesen televisyen berbayar, Astro, sebelum mengorak langkah sebagai pengacara dan pernah membintangi filem terakhir karya Allahyarham Mamat Khalid iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas