Berita

Dakwaan Jenayah Rogol Sukar Dibuktikan Kalau… – TINA AZIZ

- Diterbit 16 Disember 2020 2:17 AM MYT

KES jenayah rogol semakin menjadi perbualan masyarakat apabila tular kisah seorang pendakwah yang dikaitkan dengan berapa kes merogol.

Pendakwah ini dikaitkan dengan kes tersebut selepas pengadu didakwa dirogol selepas beberapa bulan.

Model muslimah dan bakal peguam, Qistina Sofia Abdul Aziz,24, atau lebih dikenali sebagai Tina Aziz berpendapat mangsa rogol sepatutnya terus membuat laporan polis selepas dirogol.

Menurut Tina, kes rogol agak sukar dibuktikan jika lambat membuat laporan. 

“Definisi Rogol ialah memasukkan alat kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan tanpa direlai.

“Misalnya lelaki dan perempuan yang mahu memulakan hubungan seks, namun tiba-tiba perempuan itu tidak mahu meneruskannya, jika lelaki itu memaksa, itu juga boleh dikira merogol.

“Kebiasaannya kes rogol ini agak sukar untuk dibuktikan kerana tidak nampak jelas sebagaimana definisi rogol berlaku walaupun ada saksi.

“Sebelum ini saya ada terbaca kes rogol. Lelaki tersebut tidak dapat dibuktikan merogol kerana bentuk fizikal besar perempuan yang dirogol itu. 

“Logiknya perempuan yang besar boleh tolak lelaki tersebut jika betul dia ada niat merogol,” katanya kepada Wilayahku.

Tina juga menjelaskan dakwaan merogol itu tidak semudah yang disangkakan apatah lagi jika membuat laporan selepas beberapa bulan dirogol. 

“Mungkin ada yang nampak senang sangat nak dakwa merogol, sebenarnya ia agak sukar hendak dibuktikan. 

“Alasan saya cakap sebegitu, kerana ia berkaitan dengan nature of the crime atau perilaku semulajadi jenayah itu sendiri. 

“Saya tahu mangsa rogol akan mengalami gangguan emosi selepas dirogol. Namun, mahu atau tidak mereka perlu kuatkan semangat diri untuk membuat laporan polis selepas sahaja dirogol.

“Terus buat laporan, jangan tunggu esok! Jangan mandi atau bersihkan diri kerana bukti rogol itu ada pada mereka. Kalau malu untuk bertemu polis, boleh ke hospital untuk mengesahkan perbuatan merogol itu berlaku,” jelas Tina yang juga naib juara pertandingan Ratu Hijabista 2020.

Mangsa rogol yang tidak mempunyai emosi yang stabil perlu mendapat sokongan keluarga. 

“Dalam hal ini,keluarga dan kawan-kawan terdekat memainkan peranan penting. Misalnya kalau anak mengadu ada yang tidak kena pada dirinya, terus buat laporan.

“Kalau mereka lambat atau selepas tempoh yang agak lama baru nak buat laporan, ia agar sukar untuk dibuktikan. Pihak polis perlu mencari bukti-bukti lain dan ia sudah tentu mengambil masa yang panjang,” tambahnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas