Berita

Aku Bidadari Syurgamu, 7 Nasihat… Antara 12 Lagu Ke Pentas AJL 35

SHIHA Zikir dan Aishah menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk lagu 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu
- Diterbit 15 Disember 2020 11:44 PM MYT

TEKA-teki lagu mana yang akan ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35) akhirnya terjawab pada malam tadi. 

Seperti yang dijangka, lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza Aku Bidadari Syurgamu (ABS) dan 7 Nasihat berjaya ke AJL 35.

Lagu ABS ciptaan Ippo Hafiz ini dinyanyikan oleh Aishah dan  7 Nasihat dipersembahkan oleh Shiha Zikir bersama komposer lagu ini Kmy Kmo dan Luca Sickta pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 35.

Dalam 12 lagu yang layak, ternyata lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong paling banyak layak ke pentas AJL 35 iaitu sebanyak tiga buah lagu.

Antara lagu-lagu ciptaannya yang tercalon seperti Belenggu Rindu (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah) serta Hati dan Peluang Kedua yang penyanyi asalnya Nabila Razali.

Sementara lagu ciptaan Ezra Kong pula adalah Belenggu Rindu dan Hati yang dicipta bersama Hael Husaini, manakala sebuah lagu lagi iaitu Kau Sakiti nyanyian Amir Masdi yang dicipta bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo & Mage. – WILAYAHKU

Senarai 12 Lagu Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35)

1-Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah (Hael Husaini & Ezra Kong)

2- 7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta (Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta)

3- Hati – Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)

4- Semalam – Aina Abdul (Aina Abdul)

5- Peluang Kedua – Hael Husaini (Hael Husaini & MFMF)

6- Hutang – Floor 88 (Zai Hamzah & Achoi Floor 88)

7- Kau Sakiti – Amir Masdi (Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage)

8- Gundah – Ernie Zakri (Sharon Paul & Ernie Zakri)

9- Gila – Kaka Azraaf, Noki & Tuju (Noki, Loca B, Ezra Kong)

10- Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter (Dark)

11- Eh – Zizi Kirana (Navigator & Zizi Kirana)

12- Aku Bidadari Syurgamu – Aishah (Ippo Hafiz & Siti Rosmizah)

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas