Berita

COVID: Kes baharu 6,988 Khamis, Selangor terus catat kes tertinggi

PERKEMBANGSAAN terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 758,967. Kredit foto: CPRC Kebangsaan
- Diterbit 1 Julai 2021 8:07 AM MYT

UNTUK hari ketiga berturut-turut, jumlah kes baharu harian COVID-19 di negara ini melebihi angka 6,000 dengan 6,988 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Twitternya hari ini berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 712 kes berbanding 6,276 kes semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 758,967.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,885 kes, diikuti Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311),  Johor (270), Kedah (250) dan  Sabah (232).

Pahang pula mencatatkan 195 kes, Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50), Putrajaya (10) dan satu kes di Perlis. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas