Berita

JAIM benar maksimum 250 jemaah solat Jumaat

JUMLAH maksimum bagi untuk solat fardhu lima waktu berjemaah dan solat jenazah pula masih kekal 12 orang. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 1 Julai 2021 8:26 AM MYT

JABATAN Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 250 orang jemaah bagi solat Jumaat di tujuh masjid kerajaan iaitu masjid yang berada di bawah pentadbiran agensi itu, berkuat kuasa esok.

Pengarahnya Datuk Che Sukri Che Mat berkata bagi masjid kariah dan masjid institusi pula, ketetapan dibenarkan adalah 100 orang jemaah manakala untuk surau, had bilangan masih dikekalkan iaitu 50 orang.

“Jumlah maksimum bagi untuk solat fardhu lima waktu berjemaah dan solat jenazah pula masih kekal 12 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya jumlah maksimum yang ditetapkan tidak termasuk pemantau daripada agensi penguat kuasa dan JAIM.

“Ahli Jawatankuasa masjid dan surau yang dibenarkan hadir diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam pekeliling JAIM Bil. 11/2021,” katanya. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas