Berita

Covid-19: 22 kes baharu, 59 pulih

- Diterbit 17 Mei 2020 1:59 PM MYT

PUTRAJAYA – Sebanyak 22 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 6,894
kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima daripadanya membabitkan kes import.

Kata beliau, 17 kes adalah penularan tempatan dengan sembilan daripadanya adalah warga asing.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 59 kes pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih kini 5,571 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,210 kes,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 13 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana tujuh daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 kekal 113. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas