Berita

KKM khuatir risiko rentas negeri menjelang raya

Gambar hiasan.
- Diterbit 17 Mei 2020 2:10 PM MYT

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan khuatir dengan peningkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri terutamanya menjelang perayaan minggu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masyarakat harus berwaspada kerana ini mungkin menjadi pemangkin penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan berstatus hijau.

Katanya, sehingga hari ini sebanyak 971 kes positif Covid-19 atau 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes mempunyai kaitan merentas negeri.

“Sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia juga adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri.

“Sebanyak 10 daripada kluster itu adalah masih aktif.

“Kes positif Covid-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan, terutama sekiranya ia berterusan walaupun selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya pada sidang akhbar harian di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas