Berita

Berita gembira untuk nelayan Sungai Rancha-Rancha

||
- Diterbit 9 Februari 2021 12:20 PM MYT

TIADA yang lebih menggembirakan nelayan di Sungai Rancha-Rancha, di sini, apabila masalah laluan muara sungai yang cetek sejak sekian lama mendapat perhatian Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Difahamkan, golongan berkenaan mengalami kesukaran untuk melalui laluan itu berikutan paras air yang rendah hingga menjejaskan pendapatan mereka terutamanya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, seorang usahawan yang tidak mahu dikenali bersetuju untuk menampung kos perbelanjaan kerja-kerja penimbusan tanah laluan muara itu yang mengambil masa kira-kira dua hari.

“Kerja-kerja ini bertujuan mengelakkan pendapatan golongan nelayan di kawasan ini terjejas memandangkan aktiviti itu merupakan punca rezeki mereka bagi kelangsungan hidup,” katanya kepada pemberita,di sini hari ini.

Suhaili berkata, laluan muara itu juga merupakan laluan utama bagi nelayan di kawasan itu.

Dalam pada itu, Suhaili turut menyampaikan sumbangan RM 500 kepada penjaja kecil, nelayan dan pekebun di pulau ini yang terjejas susulan PKP dan wabak COVID-19.

“Kita tidak tahu berapa lama virus ini akan berakhir. Sekiranya berlarutan, ia akan menjejaskan punca pendapatan golongan ini (penjaja kecil, nelayan dan pekebun).

“Oleh itu, sedikit sumbangan diberikan bagi membantu mereka untuk meneruskan kehidupan dalam tempoh pandemik ini,” katanya. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas