Berita

Syarikat produksi perlu mohon SPP khas bagi penggambaran dalam studio – Saifuddin

NEW YORK, Sept 24 -- Malaysian Foreign Minister Datuk Saifuddin Abdullah briefing Malaysian media on Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's participation at the 74th Session of the United Nations General Assembly (UNGA) on Monday.
- Diterbit 9 Februari 2021 1:54 PM MYT

SYARIKAT produksi perlu memohon kelulusan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk kebenaran aktiviti penggambaran dalam studio tanpa penonton, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata selain permohonan SPP Khas, semua tenaga produksi yang terlibat perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusan ujian dikemukakan kepada Finas, tiga hari sebelum tarikh penggambaran.

Katanya permohonan boleh dibuat menerusi pautan www.finas.gov.my/english-permohonan-sijilperakuan-penggambaran-filem-khas-spp-khas/.

“Pemantauan berkala juga akan dilaksanakan di lokasi penggambaran oleh penguat kuasa Finas bagi memastikan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) tidak dikompromi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata SOP bagi aktiviti penggambaran di luar studio termasuk penganjuran acara secara langsung dan juga tayangan di pawagam sedang diperincikan dan akan dibentang dalam masa terdekat.

Beliau berharap penambahbaikan kepada SOP industri kreatif itu akan dapat membantu penggiat bidang berkenaan untuk terus berkarya demi kelangsungan sumber pendapatan mereka.

Jelasnya, SOP yang ditambah baik itu terpakai dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perinciannya boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Negara (www.mkn.gov.my) serta KKMM (www.kkmm.gov.my).

Hari ini, kerajaan mengumumkan keputusan membenarkan sektor industri kreatif  beroperasi mulai esok, merangkumi aktiviti produksi animasi/muzik, pascaproduksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio dan penggambaran praproduksi.

Turut dibenarkan penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitcom, livestreaming (penstriman langsung), rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas