Berita

Belanjawan 2024: Sebanyak RM2.6 bilion disalurkan kepada pesawah, nelayan

- Diterbit 13 Oktober 2023 12:29 PM MYT

KERAJAAN menyediakan sebanyak RM2.6 bilion bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada para pesawah dan nelayan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan ini meningkat RM600 juta ketimbang tahun ini selaras dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan.

“Gangguan rantaian bekalan makanan global telah memberi dampak langsung kepada pasaran barangan asas tempatan. Kenaikan harga beras yang tidak hanya berlaku di Malaysia disebabkan oleh keputusan 19 negara yang mengehadkan eksport beras untuk kegunaan sendiri.

“Kerajaan akan terus memperhebat usaha menjamin kelangsungan industri agromakanan negara yang lebih mandiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Parlimen hari ini. – WILAYAHKU – SYED HAZIQUE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas