Berita

Belanjawan 2024: RM200 juta disediakan bagi pelaksanaan Payung Rahmah

SEBANYAK RM200 juta diperuntukkan kerajaan bagi pelaksanaan Payung Rahmah.
- Diterbit 13 Oktober 2023 12:32 PM MYT

SEBANYAK RM200 juta disediakan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Payung Rahmah ialah manifestasi keprihatinan Kerajaan dalam membela nasib rakyat.

“Umpamanya, pelaksanaan Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah akan diperluas ke lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

“Program Pasar Rahmah yang menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani juga diteruskan bagi mengurangkan kos perniagaan sekali gus dapat menurunkan harga jualan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Parlimen hari ini. – WILAYAHKU – SYED HAZIQUE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas