Armenia sekali lagi langgar gencatan senjata dengan Azerbaijan

Armenia sekali lagi langgar gencatan senjata dengan Azerbaijan

ARMENIA sekali lagi melanggar gencatan senjata kemanusiaan dengan Azerbaijan, sejurus gencatan itu berkuat kuasa pada Isnin, dakwa Kementerian Pertahanan Azerbaijan.

“Pada 26 Oktober 8.05 (pagi), tentera Armenia melanggar gencatan senjata kemanusiaan baharu dan mengepung unit-unit tentera Azerbaijan di perkampungan Safiyan Lachin,” memetik Twitter kementerian, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian itu turut mendakwa tentera Azerbaijan mematuhi sepenuhnya gencatan senjata itu.

“Sejak 8.04 pagi, tentera Armenia mula melepaskan tembakan di wilayah Tartar,” kata pembantu presiden Azerbaijan Hikmet Hajiyev di Twitter.

Perjanjian mengenai genjatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat (AS) itu diumumkan pada Ahad dan berkuat kuasa Isnin pagi.

Kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama yang melanggar dua gencatan senjata dipersetujui sebelum ini iaitu pada 10 dan 17 Oktober. – BERNAMA

CATEGORIES