Berita

Tentera Azerbaijan bebaskan kota Gubadli, beberapa kampung

- Diterbit 26 Oktober 2020 7:41 AM MYT

PRESIDEN Azerbaijan Ilham Aliyev pada Ahad berkata tentera negara itu telah membebaskan kota Gubadli dan kampung-kampung Zangilan, Jabrayil dan daerah Gubadli dari penjajahan Armenia.

“Hidup Tentera Azerbaijan! Karabakh adalah Azerbaijan!, ”Agensi Berita Azerbaijan (AZERTAC) melaporkan memetik Twitter presiden.

Sementara itu, dalam laporan lain, Kementerian Pertahanan mendakwa Tentera Azerbaijan telah menghancurkan peralatan ketenteraan dan peluru milik tentera Armenia pada Ahad.

“Semasa pertempuran pada petang 25 Oktober itu, unit-unit tentera Azerbaijan melakukan serangan tepat pada musuh,” kata Kementerian Pertahanan.

“Akibat serangan itu, enam senjata D-30 dan 1 D-1 musuh, dua kenderaan tempur infanteri BMP, 1 kenderaan auto dan sejumlah besar peluru telah dimusnahkan.” – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas