Berita

“Apa Boleh Buat, Saya Memang Anak Ayah” – YAMANI ABDILLAH

YAMANI Abdillah mengaku bertuah sering mendapat sokongan ayahnya, Jamal Abdillah.
- Diterbit 7 September 2020 10:15 PM MYT

BEKAS perserta program Big Stage 2020, Yamani Abdillah yang tersingkir pada konsert keempat mengaku pernah tertekan apabila orang sering membanding-bandingkan dia dengan ayahnya, Datuk Jamal Abdillah.

“Kalau dulu sewaktu awal-awal jadi penyanyi,  tidak dinafikan saya agak tertekan apabila orang selalu bandingkan suara saya dan ayah.

“Sedangkan semua tahu, ayah lebih kepada pop dan saya pula lebih cenderung kepada rock. 

“Saya dah cuba mencari identiti tersendiri cuma gaya nyanyian dari kecil sampai besar memang macam ni, orang tetap kaitkan selagi nama saya Yamani Abdillah,” katanya kepada Wilayahku. 

YAMANI baru sahaja muncul dengan lagu berjudul Takut Kehilangan.

Bagi Yamani,18, perbandingan ini sukar dielakkan kerana saya memang anak Jamal Abdillah.

“Apa boleh buat, saya memang anak ayah. Mahu atau tidak, orang tetap Akan kaitkan. Begitu juga dengan penyanyi lain yang mempunyai ayah yang menyanyi.

“Lepas ni saya nak cuba tak gunakan nama Abdillah dan hanya guna nama Yamani sahaja,” jelasnya lagi.

Walaupun ‘jodoh’ bersama Big Stage sudah terhenti, namun perjuangan Yamani dalam nyanyian tidak pernah berakhir.

“Pitching saya lari (semasa konsert empat)  sebab saya terlalu kawal diri daripada emosi apabila kawan kami, Sandra Dianne terlibat dalam kemalangan. 

“Tapi saya tidak menyalahkan keadaan tersebut, saya akui salah dan cuba memeriahkan diri sendiri atas pentas sampai saya sendiri terlari pitching.

“Namun saya tidak akan berputus asa. Saya tetap akan meneruskan nyanyian dan selepas ini saya akan mempromosi lagu baharu saya berjudul Takut Kehilangan,” ujarnya yang membawakan lagu Mimpi Laila nyanyian asal Yasin Sulaiman pada konsert keempat. 

JAMAL Abdillah bersama Yamani ketika zaman kanak-kanak pernah mendapat liputan dalam Majalah URTV.

Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas