Berita

12 keluarga terima bantuan musibah

PENERIMA bersyukur diberikan sumbangan dan bantuan.
- Diterbit 2 Julai 2020 11:03 AM MYT

SEBANYAK 12 keluarga menerima bantuan musibah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) susulan bencana ribut dan banjir pada Jun lalu.

Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Mohd Radzaleih Matusin berkata, bagi bulan Jun sahaja MAIWP telah menyalurkan bantuan musibah sejumlah RM8,800 kepada penerima bantuan yang melibatkan 12 keluarga.

“MAIWP mengalu-alukan orang ramai menyalurkan maklumat. Ia dapat membantu pihak MAIWP menyerahkan sumbangan dalam tempoh 48 jam setelah permohonan diterima.

“Bantuan ini disalurkan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat musibah seperti banjir, tanah runtuh, atap terbang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan musibah dan bantuan perubatan di sini hari ini.

Terdahulu, MAIWP turut menyampaikan bantuan perubatan ‘Ripple Matress’ dan kerusi roda kepada Maisara Saidil, 65, yang terlantar akibat “Ischemic Stroke” pada April lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas