Berita

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN OPERASI WILAYAHKU

- Diterbit 27 Februari 2020 8:37 AM MYT

Berikutan isu yang tular di media sosial berkaitan operasi WilayahKu, kami ingin menjelaskan bahawa:

1. WilayahKu beroperasi di bawah aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Wilayah Persekutuan (KSKYWP) selaras dengan salah satu objektifnya iaitu “mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan Pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbang ke arah kemajuan negara”.

2. WilayahKu diuruskan menggunakan aset Wilayah Media Sdn Bhd iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Wilayah Persekutuan.

3. Lantikan kakitangan WilayahKu adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman mereka, melalui prosedur yang telah ditetapkan selaras panduan dan skim kakitangan Yayasan Wilayah Persekutuan.

4. Bahan-bahan yang diterbitkan adalah bersifat neutral merangkumi berita sosial, ekonomi, politik dan perkembangan semasa tanpa memihak kepada sesiapa.

Sekian, Terima Kasih.

Akhbar WilayahKu
Wilayah Media Sdn Bhd
Bagi Pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Wilayah Persekutuan (KSKYWP)

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas