Berita

Pendaki Perancis maut jatuh di Bukit Tabur

ANGGOTA penyelamat mengusung pendaki warga Perancis yang terjatuh di Bukit Tabur petang tadi.
- Diterbit 26 Februari 2020 4:15 PM MYT

AMPANG – Seorang lelaki warga Perancis maut selepas dipercayai terjatuh sewaktu mendaki di Bukit Tabur di sini petang tadi.

Mangsa, Martin Simon Nathan, 26, ditemui pada pukul 6.45 petang di puncak bukit tersebut.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian mangsa mendaki bersama rakan wanitanya yang merupakan warga Amerika, Kelly Lynn Drai, 22.

Beliau berkata, selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.25 petang, sebanyak 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan Wangsa Maju dikerahkan bagi operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa berjaya diturunkan pada pukul 10.35 malam ini dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas