Berita

931 murid sertai Kem Mumtaz UPKK Putrajaya

TUNKU-ISKANDAR-kiri-Pengurus-Besar-Direct-English-Philip-Lim-dua-dari-kiri-dan-Pengetua-SJIS-Suresh-Das-kanan-bergambar-bersama-pasukan-CBN-yang-muncul-juara-TADC-di-SJIS-baru-baru-ini
TUNKU-ISKANDAR-kiri-Pengurus-Besar-Direct-English-Philip-Lim-dua-dari-kiri-dan-Pengetua-SJIS-Suresh-Das-kanan-bergambar-bersama-pasukan-CBN-yang-muncul-juara-TADC-di-SJIS-baru-baru-ini
- Diterbit 9 Ogos 2019 9:26 AM MYT

CEMERLANG. Seramai 931 murid-murid Tahun Lima dari Putrajaya bersama 145 guru mereka menghadiri Kem Mumtaz Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di Kem Princess Haliza, Sungai Pelek, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Kem yang melibatkan 12 Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) termasuk dua sekolah swasta dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik menjawab soalan UPKK selain memberikan latih tubi berbentuk latihan dalam kumpulan.

Program itu dirasmikan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jamali Adnan (Kumpulan C) manakala Kumpulan D dirasmikan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran JAWI, Muhamad Mazuan Razaly.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas