Berita

Kek, pastri Resepi Jejaka viral di laman sosial

BROWNIES-nutella-antara-kek-yang-mendapat-tempat-di-hati-pembeli
BROWNIES-nutella-antara-kek-yang-mendapat-tempat-di-hati-pembeli
- Diterbit 9 Ogos 2019 9:22 AM MYT

PUTRAJAYA – Berasaskan pastri dan kek, Resepi Jejaka mula menempa nama di laman sosial sejak diperkenalkan pada 2017.

Pengusaha, Fitrie Norsalim berkata, produk yang dihasilkan sendiri itu mula mendapat permintaan tinggi selepas menjadi tular di laman sosial, Instagram.

“Pada mulanya, ia dihasilkan sekadar untuk mencuba dan mengisi masa terluang. Tetapi mula mendapat sambutan selepas seorang kenalan yang sedang mengandung ingin merasa dan meminta saya menghasilkannya sekali lagi.

“Selepas itu, dia mula berkongsi di laman sosial dan menjadikan Resepi Jejaka viral,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Menurut Fitrie, kek yang paling mendapat permintaan tinggi adalah jenis brownies nutella, pastry fruit cake dan cheesecake.

Katanya, jumlah penghasilan juga meningkat menjelang musim perayaan selain turut dipesan untuk majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan dan sambutan hari lahir.

Ujarnya, lokasi jualan tertumpu di sekitar Putrajaya, Bangi dan Sepang, Selangor serta Nilai, Negeri Sembilan, tetapi masih juga menerima tempahan dari kawasan luar.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Resepi Jejaka menyediakan perkhidmatan ‘kejutan hadiah’ untuk hari lahir atau hari istimewa.

Tambahnya, pada masa ini, Resepi Jejaka dibuka melalui laman sosial Instagram Resepi Jejaka atau tempahan secara terus melalui telefon 011-1068 8347.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas