Berita

30,792 bakul makanan diagihkan kepada golongan terjejas di Labuan

RITHUAN (tengah) menyaksikan simbolik menyerahan bantuan bakul makanan yang disampaikan
- Diterbit 21 Ogos 2021 3:00 AM MYT

SEBANYAK 30,792 bakul makanan berjaya diagihkan kepada golongan terkesan di pulau ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 25 Mei lalu sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, dari keseluruhan bakul makanan itu meliputi bantuan makanan daripada agensi kerajaan, pihak swasta dan persendirian.

Antaranya, sumbangan dari Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Perbadanan Labuan.

“Sebanyak 30,792 bakul makanan telah diagihkan kepada keseluruhan warga Labuan yang terkesan yang memerlukan bantuan bakul makanan dan ini lah dikatakan sebagai Labuan Prihatin, Wilayah Prihatin,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan bakul makanan dan bendera Jalur Gemilang kepada petugas perikanan cawangan Taman Laut di Pulau Rusukan Besar, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rithuan berkata agihan bantuan makanan itu masih lagi di pergiatkan ketika ini bagi membantu golongan yang terjejas pada waktu ini.

Katanya, bantuan itu akan diagihkan kepada mereka yang terkesan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sebagai sedia maklum, MAIWP akan menyalurkan sebanyak 300 bakul makanan setiap bulan kepada JPBD dan bakul makanan ini lah yang kita akan agihkan kepada mereka yang memohon bantuan itu.

“JKM akan melihat dan memastikan mereka yang memohon bantuan ini adalah golongan yang terkesan,” katanya lagi. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas