Utama

22 kertas siasatan dibuka, dua dituduh sebar berita palsu Coronavirus

ANTARA berita palsu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab berkenaan kematian seorang wanita di sebuah pasar raya baru-baru ini.
- Diterbit 10 Februari 2020 9:34 AM MYT

KUALA LUMPUR – PDRM membuka 22 kertas siastan di seluruh negara berhubung penyebaran khabar angin serta berita tidak sahih berkenaan penularan Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Mohd. Roze Shaari berkata, dua kes berkaitan juga sudah dituduh di mahkamah iaitu tiga pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur manakala satu lagi di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu.

Ujarnya, kesemua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tambah beliau, PDRM menggesa orang ramai untuk menghentikan spekulasi berkenaan siasatan-siasatan yang dijalankan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas