Berita

Peringkat keempat Petronas Le Tour de Langkawi 2020 bermula

PELUMBA-PELUMBA handalan bersedia memulakan kayuhan ke Genting Highland dari Kompleks Perbadanan Putrajaya. Foto- FARIS AZMI (PPj)
- Diterbit 10 Februari 2020 5:46 AM MYT

PUTRAJAYA – Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL) peringkat keempat dilepaskan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPJ) di sini hari ini.

Seramai 123 pelumba daripada 21 pasukan melalui cabaran pecutan serta pendakian bermula dari Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands.

NUR AIMAN

Menurut pemenang peringkat ketiga jersi merah, Mohammad Nur Aiman Mohd. Zhariff dari kumpulan Sapura, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berkayuh sejauh lebih 100 kilometer.

“Saya akan melakukan yang terbaik dan sudah pasti persediaan mental perlu kuat untuk meredah pendakian yang berliku di laluan Genting Sempah,” ujarnya.

Perlumbaan bermula di Kuching, Sarawak dilepaskan secara rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tahun ini lebih menarik kerana bersempena sambutan ke-25 tahun Jubli Perak penganjuran LTDL. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas