Berita

21 INISIATIF WILAYAH CAKNA

- Diterbit 4 September 2020 6:00 AM MYT
  1. Pengecualian 6 bulan bayaran sewa PPR MTEN dan Perumahan Awam DBKL (Mac-Ogos 2020)
  2. Bantuan kit makanan asas khusus untuk warga Labuan yang terputus mata pencarian selain penerima bantuan JKM dan MAIWP
  3. Bantuan Food Pack dengan jumlah keseluruhan RM6.6 juta untuk warga PPR/PA/DBKL/miskin bandar/isi rumah berpendapatan bawah RM3,000
  4. Penangguhan 6 bulan bayaran ansuran unit beli PPR MTEN dan PA DBKL di bawah skim Syarikat Perumahan, Yayasan Wilayah Persekutuan
  5. Sumbangan makanan petugas barisan hadapan berjumlah RM180,100 (kepada hospital/ klinik kesihatan/PDRM/ tentera/penguatkuasa)
  6. Sumbangan makanan gelandangan berjumlah RM84,000
  7. Pengecualian 3 bulan bayaran sewa bagi gerai/premis perniagaan di bawah DBKL (Mac-Mei 2020)
  8. Pengecualian bayaran yuran tabika milik PPj (April-Mei 2020)
  9. Bantuan kewangan, elaun khas petugas perubatan dan penguatkuasa berjumlah RM5.4 juta
  10. Pengecualian 6 bulan bayaran sewa premis niaga milik Perbadanan Labuan dengan jumlah keseluruhan RM1,036,110 (774 penjaja dan peniaga kecil berlesen)
  11. Pengecualian 2 bulan sewaan premis PPj bagi program penjualan barangan keperluan harian (April-Mei 2020)
  12. Penerusan pembayaran elaun latihan kepada 700 atlet dan 103 jurulatih Sukma Wilayah Persekutuan berjumlah RM600,000
  13. Pengecualian 2 bulan bayaran sewa untuk medan selera/pasar awam/food truck di Putrajaya (Mac-April 2020)
  14. Pengecualian 6 bulan bayaran sewa PA milik Perbadanan Labuan berjumlah RM933,210
  15. Sumbangan peralatan mesin bantuan pernafasan kepada 7 buah hospital di seluruh Wilayah Persekutuan berjumlah RM3.3 juta
  16. Bantuan one-off RM500 kepada 1,300 penjaja dan peniaga kecil berlesen di Labuan berjumlah RM650,000
  17. Bantuan kit makanan petugas barisan hadapan (pusat kawalan operasi bencana Labuan)
  18. Sumbangan one-off kepada 23,617 penjaja dan peniaga kecil di seluruh Wilayah Persekutuan berjumlah RM11.8 juta
  19. Warga Putrajaya dikecualikan denda lewat cukai pintu dan penangguhan bayaran cukai pintu
  20. Bantuan sara hidup one-off pesakit dan keluarga yang positif COVID-19 di Putrajaya (RM500)
  21. Bantuan khas 24,196 keluarga asnaf berjumlah RM12.1 juta di seluruh Wilayah Persekutuan
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas