Berita

Fasa Pertama BPN lulus, tapi gagal fasa kedua

|||
- Diterbit 9 Mei 2020 7:25 AM MYT

PUTRAJAYA – Segelintir rakyat Malaysia melahirkan keluhan dan rasa sedih apabila keputusan semakan status Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang sepatutnya diterima Mei ini, tidak lulus.

Malah, mereka turut mempersoalkan kenapa fasa kedua tidak lulus walhal telah menerima bayaran bantuan untuk fasa pertama sebelum ini.

Keluhan sama turut dizahirkan beberapa individu yang pernah mendaftarkan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selain mendakwa syarikat yang didaftarkan tidak mempunyai pendapatan atau aliran wang perbankan.

Menerusi Facebook Page Bantuan Prihatin Nasional, pengguna akaun Nornadiah Haji Ramli menyatakan BPN lulus sebanyak RM1,600 dan telah menerima RM1,000 bagi fasa pertama.

Katanya, bagaimanapun, semakan status pada fasa kedua menyatakan kod tidak berjaya berikutan SSM.

“BPN..lulus RM1600, fasa pertama dah dapat 1k (RM1,000? Fasa kedua kod tidak berjaya… ahhh sudah.. siapa bole bagi pencerahan.. SSM dah lama mati, tak renew pun..kami bisness kecil je..,” katanya dalam ciapan Facebook.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook, Amirul Ameer Islam turut meminta pencerahan tentang status tidak layak menerima bantuan BPN bagi fasa kedua kerana mempunyai syarikat.

Ujarnya, dia bukan sahaja tidak mempunyai syarikat malah SSM yang didaftarkan sebelum ini sudah tidak aktif selain memaklumkan hanya bekerja sebagai pembantu di bazar pasar malam.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera para sahabat group dan admin. Minta tolong siapa yang tahu macam mana nak buat kalau jadi macam ni.

“BPN Fasa pertama saya dah dapat tanpa ada masalah. BSH pun selama ni takda masalah, tapi BSH sekarang ni masih belum dimaklumkan.

“Tetapi untuk BPN fasa kedua ni tiba-tiba tak lulus pula, katanya maklumat pemohon ada syarikat. Sejak bila pula saya ada syarikat, SSM pn dah lama tak aktif.. dah takda dah.. Kerja pun dengan orang dekat bazar pasar malam je.

“Saya bukannya bos besar ada syarikat. Tiba-tiba je jadi alasan tak lulus sebab ada syarikat celah mana entah atau kerajaan saja buat alasan macam ni nak kurangkan kelulusan pemohon? Sedangkan yang tak sepatutnya dapat dan lulus pun boleh lulus dapat.

“Saya warganegara Malaysia sendiri pun susah nak dapat, ada je masalahnya, ingat saya ni kaya raya ada syarikat besar kot. Kalau betul takda nya saya susah-susah nak mohon BPN dengan BSH ni.

“Jadi sekarang ni macam mana dan apa yang perlu saya lakukan untuk dapatkan kelulusan semula permohonan saya ni dengan menjelaskan status saya bahawa saya tidak ada apa-apa syarikat pun?,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas