Utama

14, 450 karton rokok seludup dirampas

ROKOK yang diseludup. - Gambar hiasan
- Diterbit 6 Januari 2020 4:38 AM MYT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14,450 karton rokok seludup berjaya dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi khas membanteras sindiket pengedaran Op Asap, di Bukit Raja, Klang dan Shah Alam semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis turut merampas lima kenderaan pelbagai jenis, wang tunai berjumlah RM83,400 serta 29 keping cek bernilai RM142,767 yang keseluruhannya dianggar bernilai RM3.2 juta.

Katanya, polis juga berjaya menahan enam orang membabitkan lima lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam yang berusia antara 26 hingga 47 tahun.

“Lima kenderaan yang dirampas terdiri daripada kereta jenis BMW 525i, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, Toyota Camry, Toyota Vios dan sebuah lori jenis Isuzu Canvas lima tan.

“Semua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas