Selebriti

Zali Rusli elak tumpang populariti abangnya, Haqiem Rusli

||
- Diterbit 31 Disember 2022 3:18 AM MYT

“SAYA tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri”, luah penyanyi Zali Rusli,17, apabila dikaitkan dengan nama abangnya Haqiem Rusli.

Dua tahun lalu sewaktu dunia dilanda COVID-19, Zali Rusli telah melancarkan lagunya berjudul Pewangi ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu.

Namun nasib tidak menyebelahi Zali kerana lagu tersebut seolah olah tidak berjaya melonjakkan nama dan bakat beliau kerana segala pergerakan ativiti promosi sangat terbatas.

ZALI Rusli berharap lagu Kamu Cantik Malam Ini diterima peminat.

Terbaru Zali Rusli muncul sekali lagi dengan lagu keduanya berjudul Kamu Cantik Malam Ini yang merupakan ciptaan Haqiem dan Zali sendiri.

Zali mengaku mempunyai alasan tersendiri memilih lagu ciptaan abangnya.

“Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami dan ianya mendapat persetujuan dari pihak FMC Music.

“Namun jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain. Tapi kali ini saya rasa lebih yakin menyanyikan lagu ciptaan bersama Haqiem,” katanya.

Zali juga belum ada perancangan untuk merakamkan semula lagu-lagu yang pernah popular satu ketika dulu, sebagaimana yang dilakukan oleh rakan artis senior di FMC Music lain.

“Bagi saya biarlah mereka sahaja buat dulu, saya nanti dulu kerana saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baru yang boleh di popularkan dan masih menepati selera pendengar. Kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan?” jelasnya lagi yang berlakon bersama Qistina Raisah dalam muzik video Kamu Cantik Malam Ini.

Kamu Cantik Malam Ini yang telah dilancarkan di semua platform digital ini juga boleh ditonton video muziknya di YouTube  https://youtu.be/7OyhOTXY6i4 –  WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas