Selebriti

Selamat bernikah… Fatin Afeefa kini isteri jutawan?

- Diterbit 31 Disember 2022 4:17 AM MYT

DIKHABARKAN pelakon cantik Fatin Afeefa telah bernikah dengan seorang lelaki berstatus jutawan bernama Aliff Awang.

Majlis pernikahan tersebut dilangsungkan pada 29 Disember baru-baru ini di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Berita perkahwinan mengejut tersebut turut dikongsikan jurusolek ternama tanah air, Datuk Alha Alfa yang diberi tanggungjawab mencantikkan Fatin pada hari bahagianya.

“Fatin Afeefa, congrats dear,” tulis Alha secara ringkas menerusi video dirinya sedang menyiapkan Fatin yang memakai busana pengantin serba putih.

Bagaimanapun, sehingga kini Fatin tidak berkongsi hari bahagianya dalam media sosial.

Apa-apa pun, semoga Fatin dan suami kekal bahagia hingga ke syurga. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas