Berita

YWP hulur sumbangan kepada mangsa insiden LRT

- Diterbit 25 Mei 2021 11:45 AM MYT

PRIHATIN dengan trauma yang dialami mangsa insiden pertembungan dua tren LRT malam tadi, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah menghulurkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan apa jua bantuan terutama apabila berlaku sesuatu musibah.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah memberikan arahan supaya semua yang terlibat diberikan bantuan yang terbaik serta apa yang diperlukan mangsa.

“Kita akan tengok apa yang sesuai dan sedia beri bantuan sepenuhnya,” katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray dan Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun.

Dalam pada itu, Annuar turut menzahirkan kegembiraan apabila sebahagian besar mangsa telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di HKL.

“Kita gembira daripada jumlah yang dilaporkan semalam, jumlahnya agak membimbangkan.

“Tapi hari ini berita gembira kerana sebahagian besar telah discaj malam tadi dan hanya tinggal enam orang yang masih dirawat.

“Saya percaya mereka berada di bawah pengawasan dan diberi rawatan yang terbaik,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas