Berita

Warga emas umur 90 tahun terima sumbangan MAIWP

MUHAMMAD AMIR menunjukkan cara menggunakan brek kerusi roda kepada Abdul Rahman ketika berkunjung ke rumah warga emas itu di Kampung Bukit Kuda, Labuan.
- Diterbit 26 Januari 2020 2:25 PM MYT

KEPERLUAN. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) baru-baru ini menyerahkan bantuan kerusi roda kepada Wong Guan Chin@Abdul Rahman di Kampung Bukit Kuda, Simpang 15 Kusukun, Labuan.

Sumbangan tersebut diserahkan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Pembangunan Asnaf MAIWP Labuan, Muhammad Amir@Poh Abdullah menerusi Skim Bantuan Perubatan.

Muhammad Amir berkata, bantuan diberikan kerana penerima yang berusia lebih 90 tahun itu mengalami sakit tua dan sakit lutut sehingga sukar bergerak selain mengalami masalah pendengaran.

“Semoga bantuan kerusi roda yang disalurkan dapat memudahkan pergerakan pesakit dalam menjalani rutin harian,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas