Berita

Murid Tadika Arina didedah cara penjagaan gigi

MURID Tadika Arina gembira mengikuti program penjagaan gigi baru-baru ini.
- Diterbit 26 Januari 2020 2:26 PM MYT

DIDIK. Bagi memastikan kanak-kanak menjaga kesihatan mulut dan gigi, satu program penjagaan gigi dilaksanakan di Tadika Arina, Putrajaya baru-baru ini.

Program anjuran Kementerian Kesihatan itu, bertujuan mendidik kanak-kanak menjaga gigi, cara makan dan menyimpan ubat dengan betul.

Selain itu, 100 kanak-kanak yang hadir juga didedahkan dengan budaya hidup sihat dan pada masa sama menyebarkan pengetahuan kepada guru-guru supaya dapat mendekati kanak-kanak dengan lebih mesra.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas