Berita

Wanita nafi curi oven, hanya gunakan kotak untuk isi makanan

- Diterbit 26 Disember 2021 2:00 AM MYT

SEORANG wanita menafikan dirinya mencuri oven sebaliknya hanya menggunakan kotak barangan elekrtik itu untuk mengisi makanan.

Ini berhubung tuduhan yang mengatakan dirinya telah mencuri oven di sebuah pasaraya ketika banjir baru-baru ini sehingga menjadi viral.

Menerusi satu video yang dimuat naik, individu berkenaan menjelaskan dia hanya menggunakan kota oven berkenaan untuk mengisi barang makanan.

“Itu kotak saya ambil letak biskut dan sardin, bukannya oven dalam dia. Kalau oven pun saya ambil apa guna saya ada dekat rumah. Anak saya dah lapar nak bawa balik oven buat apa.

“Anak dah tiga hari tak ada makan. Dorang cakap Mydin bagi makan kat bawah, saya pergilah. Hari kedua saya pergi, pukul 2.30. Orang ingat saya bawa oven, hanya kotak yang saya bawa. Dalam tu biskut semua,” jelasnya.

Dalam pada yang sama, wanita berkenaan juga menyatakan dia telah membuat satu laporan polis dan meminta maaf kerana menyebabkan salah faham berlaku.

“Saya dah buat report polis, tapi saya minta maaf semuanya sebab timbul salah sangka. Dalam itu bukan oven, cuma kotak yang dalamnya makanan.

“Yang ambil gambar tu ambil kesempatan, ingat saya ni apa ambil barang begitu. Anak kat rumah dah tiga hari tak makan, nak ambil benda macam tu lagi. Tak masuk akal,” ujarnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas