Berita

“Vokal dia dah banyak improved” – Iesya Toh, Nabila Huda sokong Nabila Razali

|IESYA Toh puji vokal Nabila yang semakin baik|NABILA Huda berharap netizen berhenti mengecam Nabila Razali
- Diterbit 14 Mac 2021 4:34 PM MYT

PENYANYI Nabila Razali sudah melakukan yang terbaik di malam berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) pada Ahad malam melalui lagunya Peluang Kedua.

Namun masih ada suara-suara yang mempertikaikan kebolehan Nabila dalam menyanyi secara live di pentas AJL 35.

Bagi pengacara dan penyanyi Iesya Toh, Nabila atau lebih mesra dipanggil Bella telah menunjukkan perubahan positif dalam nyanyiannya.

IESYA Toh puji vokal Nabila yang semakin baik

“Honestly, bukan mudah.. music arrangement yang hebat! Pesaing semua mantap.. Anugerah berprestij.. at least lagu ni berjaya ke final.

“Kalau tanya mana-mana cikgu vokal pun akan kata dia boleh nyanyi, tapi bukan di pentas yang besar.

“Saya tahu Nabila terlalu fikir takut nak hit high note, tu yang buat dia lagi terkucil. Kasiha dia. Tapi vokal dia dah banyak improved,” ujar Iesya.

Manakala pelakon Nabila Huda juga berharap netizen tidak lagi mengkritik Bella atau melemahkan semangatnya.
“Dah la guys jangan kutuk Nabila Razali. Maafkanlah dia,” tulisnya di Twitter.

NABILA Huda berharap netizen berhenti mengecam Nabila Razali

Semua manusia berhak menerima peluang kedua atau berkali-kali peluang, janji rajin usaha dan tidak berputus asa.
Semoga Nabila Razali terus sukses. Amin.. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas