Berita

“Awak adalah contoh inspirasi saya” – Hael Husaini puji semangat Nabila Razali

- Diterbit 14 Mac 2021 10:49 PM MYT

“I’VE tried my best. I’m so sorry,” luah penyanyi Nabila Razali do instagram miliknya.

Nabila memuatnaik status itu setelah agak terkucil ketika mempersembahkan lagunya Peluang Kedua pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) pada malam Ahad.

Walaupun kenyataan Nabila seolah-olah berbaur rasa penyesalan, sebaliknya komposer lagu tersebut iaitu Hael Husaini rasa berbangga dengan segala usaha yang telah dilakukan oleh Nabila.

“Awak adalah contoh inspirasi kepada saya. Hardwork and always do your best. I’m so proud of you.

“Thank you for signing peluang kedua,” ujar Hael Husaini dalam ruangan komen status Nabila.

Bukan sahaja Hael, rata-rata rakan artis lain juga memberikan sokongan positif kepada Nabila.

“You did well. Kau antara manusia yang sangat work hard and kuat yang aku pernah kenal. I love you.Congratulations,” ujar Amira Othman.

“Tak semua dapat naik ke pentas yang besar. Kalau aku silap-silap tak terkeluar terus rasanya dan kaki mesti shaking weh, sebab mata-mata banyak memandang dengan orang bagi harapan lagi. Kuarkan semangat Bella,” luah Fendy Bakry yang pernah berlakon dalam video muzik Vroom Vroom nyanyian Nabila Razali.

“It’s okey dear. Don’t be sorry ok. We love you”, kata Syura.

Itulah antara kata-kata semangat ramai rakan artis buat Nabila Razali.
Semoga Nabila terus sukses ya! – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas